Penilaian Prestasi 2 (Soalan 4 – 7) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2 (Jirim dan Struktur Atom)


Soalan 4:
Rajah 2 menunjukkan cas pada nukleus atom unsur X, Y dan Z.


(a) Nyatakan zarah subatom yang menyebabkan nukleus atom unsur tersebut bercas.

(b) Nyatakan zarah subatom lain yang terdapat di dalam nukleus atom.

(c) Tulis susunan elektron bagi atom unsur X, Y dan Z.

(d) Atom Z mempunyai 14 neutron. Hitungkan nombor nukleon atom Z.


Jawapan:
(a) Proton

(b) Neutron

(c)
X : 2.1
Y : 2.7
Z : 2.8.3

(d)
Nombor nukleon atom Z
= 13 + 14
= 27


Soalan 5:


Rajah 3 menunjukkan maklumat tentang boron. Boron mengandungi dua isotop, iaitu 11B dan isotop yB.
Berdasarkan maklumat yang diberi, hitungkan nombor nukleon isotop yB.

Jawapan:
$$ \begin{aligned} & y=\text { nombor nukleon isotop }{ }^y B \\ & \text { Jisim atom relatif boron }=10.81 \\ & \frac{(80.0 \times 11)+(20.0 \times y)}{100}=10.81 \\ & 880+20 y=1081 \\ & y=\frac{1081-880}{20} \\ & y=10.05 \end{aligned} $$
Maka, nombor nukleon isotop yB ialah 10.


Soalan 6:

Rajah 4 menunjukkan perwakilan piawai bagi atom platinum. Suatu ion platinum mengandungi 74 elektron dengan nombor nukleon sebanyak 195.

(a) Berapakah bilangan proton dan neutron ion platinum itu?

(b) Apakah cas ion platinum itu?


Jawapan:
(a)
Bilangan proton = 78

Bilangan neutron
= 195 – 78
= 117

(b)
Cas ion platinum
= 78 – 74
= +4


Soalan 7:
Wajarkan penggunaan iodin-131 dalam rawatan masalah tiroid, hipertiroidisme.

Jawapan:
(Jawapan murid yang sesuai)

Wajar.
– Dos iodin-131 yang diberikan dalam rawatan adalah kecil.

– Kelenjar tiroid yang merembeskan hormon yang berlebihan dapat dimusnahkan.

– Masalah yang disebabkan oleh hipertiroidisme seperti denyutan nadi yang cepat, pengeluaran peluh yang berlebihan, kehilangan berat badan yang ketara dan sebagainya dapat diatasi.

Tidak wajar.
– Kelenjar tiroid dimusnahkan apabila menjalani rawatan hipertiroidisme dengan menggunakan iodin-131.

– Kelenjar tiroid memainkan peranan yang penting dalam penghasilan hormon untuk metabolisme badan.

– Pesakit tersebut perlu mengambil pil tiroid selepas menjalani rawatan hipertiroidisme.