Aplikasi Elektrolisis Dalam Industri – Penulenan Logam
- Kuprum ialah konduktor elektrik yang baik. Bagaimanapun, bendasing di dalam kuprum boleh menyebabkan kekonduksiannya merosot. Oleh itu, kuprum perlu ditulenkan untuk meningkatkan kekonduksian elektriknya.
- Di dalam industri, elektrolisis digunakan untuk menulenkan kuprum.
- Dalam proses penulenan kuprum,
- Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod.
- Logam kuprum yang tulen dijadikan katod.
- Elektrolit yang digunakan ialah larutan kuprum(II) sulfat.
Penulenan Logam Kuprum Melalui Elektrolisis
- Rajah di atas menunjukkan alat radas yang digunakan untuk mengkaji penuluenan logam kuprum.
- Apabila arus elektrik mengalir, kuprum tak tulen terlarut di dalam elektrolit.
- Pada masa yang sama, logam kuprum yang tulen terenap di katod.
- Dalam silibus SPM, anda perlu tahu
- jenis elektrolit yang digunakan
- elektrod manakah terletaknya kuprum tulen dan kuprum tak tulen
- tindakbalas kimia di anod dan katod
Elektrolit:
Kuprum(II) Sulfat
CuSO4—> Cu2++ SO42-
Elektrod:
Anod: Kuprum tak tulen
Katod: Kuprum Tulen
Tindakbalas Kimia
Anod:
Cu —> Cu2+ + 2e
- Di anod, kuprum melarut ke dalam larutan.
- Atom kuprum diionkan untuk membentuk ion kuprum yang terlarut di dalam larutan.
Katod
Cu2+ —> Cu + 2e
- Di katod Ion-ion Cu2+ terenap sebagai logam kuprum tulen.
- Bendasing daripada kuprum tak tulen akan terhimpun di bawah anod.