Penghasilan Asid Sulfurik Dalam Industri
- Dalam industri asid sulfurik dihasilkan melalui proses Sentuh
- Bahan mentah yang digunakan dalam proses Sentuh ialah
- sulfur,
- udara
- air.
- Proses Senruli melibatkan tiga peringkat, iaitu
- Peringkat I: SuIfur → Sulfur dioksida
- Peringkat II: Sulfur dioksida → Sulfur trioksida
- Peringkat III: Sulfur trioksida → Asid sulfurik
Peringkat I:
Pemanasan sulfur di udara menghasilkan gas sulfur dioksida, SO2.
S + O2 → SO2
Sulfur dioksida juga boleh dihasilkan dengan membakar sulfida logam seperti plumbum(II) sulfida atau zink sulfida dalam udara kering.
2PbS + 3O2 → 2PbO + 2SO2
Peringkat II
Penukaran sulfur dioksida kepada sulfur trioksida, S03
2S02 + 02 → 2S03
- Proses ini dilakukan dalam keadaan berikut untuk mendapatkan hasil yang optima:
- (Vanadium(V) oksida, V205 sebagai mangkin
- Suhu antara 450 °C – 550 °C
- Tekanan satu atmosfera
- Lebih kurang 99.5% sulfur dioksida, SO2 bertukar menjadi sulfur trioksida, SO3 melalui tindak balas ini.
Peringkat III
Penghasilan asid sulfurik pekat
Langkah 1:
Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk menghasilkan oleum, H2S2O7
S03 + H2SO4 → H2S207
Langkah 2:
Kemudian, oleum dicairkan oleh air untuk menghasilkan asid sulfurik pekat.
H2S207 + H20 → 2H2SO4
Nota Penting
- Kedua-dua langkah dalam peringkat ketiga adalah bersamaan dengan menambah sulfur trioksida, SO3 terus ke air.
SO3 + H2O → H2SO4
- Bagaimanapun, ini tidak dilakukan dalam industri kerana sulfur trioksida, SO3 bertindak balas dengan sangat pantas dengan air.
- Ini akan menghasilkan kuantiti haba yang banyak dalam masa yang singkat. Akibatnya, banyak wasap asid sulfurik dihasilkan.
- Wasap itu sangat menghakis, mencemarkan udara dan sukar dikondensasikan.g