Ammonia ialah satu gas yang tidak berwarna dan berbau sengit.
Ammonia lebih ringan daripada udara.
Gas ammonia bersifat alkali. Ia menukar kertas litmus merah ke biru.
Ammonia melarut dalam air menghasilkan alkali lemah. NH3 + H2O → NH4+ + OH–
Gas ammonia bertindak balas dengan gas hidrogen klorida membentuk wasap ammonium klorida NH3 + HCl → NH4Cl tindak balas ini digunakan sebagai ujian bagi gas ammonia
Ammonia ialah sejenis alkali. Oleh itu ia bertindak balas dengan asid dalam peneutralan untuk membentuk garam. Contoh: 2NH3 + H2SO4 → (NH4)2SO4 NH3 + HNO3 → NH4NO3 H3PO4 + 3NH3 → (NH4)3PO4
Ion-ion hidroksida dalam larutan ammonium akueus bertindak balas dengan ion logam (kecuali ion Na+, ion K+ dan ion Ca2+) untuk membentuk mendakan hidroksida logam. Contoh Mg2+ + 2OH– → Mg(OH)2 Fe2+ + 2OH– → Fe(OH)2 Al3+ + 3OH– → Al(OH)2
Ujian Ammonia
Ammonia adalah satu-satu gas alkali. Ia dapat dikenal pasti dengan kertas litmus merah yang lembap. Sebagai gas beralkali, ia menukar kertas litmus merak kepada biru.
Ammonia pekat apabila bertindak balas dengan asid hidroklorik pekat menghasilkan wasap putih. Gas Ammonia + Gas Hidrpgen Klorida → Ammonium Koorida NH3 (g) + HCl (g) → NH4Cl