Siri Elektrokimia
- Siri elektrokimia ialah satu siri penyusunan unsur-unsur mengikut tertib kecenderungan melepaskan elektron untuk membentuk ion positif.
- Semakin tinggi kedudukan satu logam dalam siri elektrokimia, semakin senang logam itu membentuk ion positif.
- Siri elektrokimia dibina berdasarkan:
- perbezaan voltan bagi pasangan logam dalam sel kimia
- kebolehan logam menyesarkan logam lain daripada larutan garamnya.
Perbezaan Voltan Pasangan Logam Sel Kimia
- Dalam sel kimia logam yang mempunyai kedudukan lebih tinggi dalam siri elektrokimia bertindak sebagai terminal negatif manakala logam yang satu lagi bertindak sebagai terminal positif.
- Semakin berjauhan kedudukan dua logam itu dalam siri elektrokimia, semakin besar beza keupayaan antara dua logam.
Penyesaran Logam Daripada Larutan Garam
- Logam yang lebih tinggi kedudukannya dalam siri elektrokimia (lebih elektropositif ) mampu menyesarkan logam yang kurang elektropositif daripada larutan garamnya.