Pencemaran Alam Sekitar oleh Sulfur Dioksida
- Gas sulfur dioksida, SO2 ialah salah satu hasil sampingan Proses Sentuh. Ia merupakan salah satu sumber pencemaran alam sekitar.
- Gas sulfur dioksida ialah gas berasid dan beracun. Ia boleh mangakibatkan pencemaran alam sekitar yang serius.
- Menyedut udara yang mengandungi gas sulfur dioksida boleh mengakibatkan penyakit di sistem pernafasan dan penyakit paru-paru seperti asma dan bronkitis..
- Gas sulfur dioksida yang terlarut di dalam air hujan menghasilkan asid sulfurus, H2SO3
SO2 + H2O→ H2SO3 - Gas sulfur dioksida yang bertindak balas dengan oksigen di udara menghasilkan sulfur trioksida,
- Gas sulfur trioksida melarut dalam air hujan menghasilkan asid sulfurik. Kedua-dua asid sulfurus dan asid sulfurik mengakibatkan pembentukan hujan asid.
- Kesan buruk hujan asid termasuk:
- merosakan bangunan konkrit kerana konkrit mengandungi kalsium karbonat yang boleh bertindak balas dengan asid sulfurik
- mencepatkan kakisan bahan buatan logam
- menyebabkan pH tanah terlalu rendah sehingga tidak sesuai bagi pertanian
- merendahkan pH air sungai dan air kolam dan seterusnya membunuh hidupan akuatik
- menghapuskan nutrien tumbuhan dengan melarutkan mineral dalam tanah
- Suber-sumber sulfur dioksida utama termasuk
- pembakaran bahan api fosil seperti petroleum yang mengandungi sulfur.
- kilang-kilang pembuatan asid sulfurik
- letupan gunung berapisi