Hubungan antara Perubahan Tenaga dengan Pemecahan/Pembentukan Ikatan
Semasa tindak balas, tenaga mesti dibekalkan untuk memutuskan ikatan dalam bahan tindak balas, dan tenaga akan dibebaskan ketika ikatan terbentuk dalam hasil tindak balas.
Jumlah tenaga yang diserap atau dibebaskan bergantung kepada kekuatan ikatan.
Sekiranya jumlah tenaga yang dibebaskan semasa proses membentuk ikatan lebih tinggi daripada jumlah tenaga yang diserap semasa proses pemutusan ikatan, tindak balas tersebut adalah tindak balas eksotermik.
Sekiranya jumlah tenaga yang diserap untuk memutuskan ikatan lebih tinggi daripada jumlah tenaga yang dibebaskan semasa pembentukan ikatan kimia, tindak balas tersebut adalah tindak balas endotermik.