Teori Perlanggaran

Teori perlanggaran menyatakan bahawa:
  1. Zarah-zarah yang bertindak balas perlu berlanggar untuk membolehkan pembentukan atau pemecahan ikatan kimia supaya tindak balas boleh berlaku.
  2. Pelanggaran zarah-zarah bahan bertindak balas perlu mencapai tenaga minimum tertentu (Tenaga pengaktifan) untuk menghasilkan tindak balas.
  3. Zarah-zarah yang berlanggar juga perlu mengikut orientasi pelanggaran yang betul.

Tenaga Pengaktifan

  1. Tenaga pengaktifan ialah tenaga minimum yang mesti dicapai oleh zarah-zarah bertindak balas  semasa perlanggaran agar tindak balas kimia boleh berlaku.
  2. Nilai tenaga pengaktifan berbeza bagi tindak balas yang berbeza.
  3. Tindak balas dengan tenaga pengaktifan yang tinggi berlaku secara perlahan-lahan sedangkan tindak balas dengan tenaga pengaktifan yang rendah berlaku dengan cepat.

Perlanggaran Berkesan

Perlanggaran berkesan ialah perlanggaran yang menghasilkan tindak balas selepas mengatasi tenaga pengaktifan dan dengan orientasi pelanggaran yang betul.

Gambarajah Aras Tenaga

Dalam gambarajah aras tenaga, tenaga pengaktifan ditunjukkan oleh perbezaan tenaga antara puncak graf dan tahap tenaga bahan bertindak balas.

Tindak Balas Eksotermik

Tindak Balas Endotermik

Frekuensi perlanggaran berkesan dengan kadar tindak balas dan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas

  1. Frekuensi perlanggaran berkesan ialah bilangan perlanggaran berkesan yang berlaku dalam 1 unit masa.
  2. Kadar tindak balas bergantung kepada frekuensi perlanggaran berkesan yang berlaku.
  3. Sekiranya frekuensi pelanggaran berkesan untuk tindak balas adalah tinggi, maka kadar tindak balas juga tinggi.

Leave a Comment