Soalan 1:
Adakah berlaku tindak balas redoks bagi setiap tindak balas di bawah ini?

Kenal pasti dan terangkan jawapan anda berdasarkan perubahan nombor pengoksidaan.
Jawapan:
Tindak balas I adalah tindak balas redoks.
– Nombor pengoksidaan ferum sebelum tindak balas ialah +2 dan selepas tindak balas ialah 0.
– Nombor pengoksidaan magnesium sebelum tindak balas ialah 0 dan selepas tindak balas ialah +2.
– Magnesium mengalami tindak balas pengoksidaan kerana nombor pengoksidaan magnesium bertambah daripada 0 kepada +2.
– Ferum(II) sulfat mengalami tindak balas penurunan kerana nombor pengoksidaan ferum dalam ferum(II) sulfat berkurang daripada +2 kepada 0.
Tindak balas II bukan tindak balas redoks

– Nombor pengoksidaan semua unsur argentum, nitrogen, oksigen, natrium dan klorin tidak berubah sebelum dan selepas tindak balas.

Soalan 2:
Persamaan ion keseluruhan yang berikut menunjukkan tindak balas antara iodin, I2 dan sulfur dioksida, SO2.
$$ \mathrm{I}_2(\mathrm{ak})+\mathrm{SO}_2(\mathrm{~g})+2 \mathrm{H}_2 \mathrm{O}(\mathrm{ce}) \rightarrow 2 \mathrm{I}^{-}(\mathrm{ak})+\mathrm{SO}_4^{2-}(\mathrm{ak})+4 \mathrm{H}^{+}(\mathrm{ak}) $$
Berdasarkan persamaan di atas:
(a) Nyatakan perubahan nombor pengoksidaan bagi iodin dan sulfur.
(b) Namakan agen pengoksidaan dan agen penurunan dalam tindak balas ini.
(c) Tuliskan setengah persamaan penurunan.
Jawapan:
(a)
Nombor pengoksidaan iodin berkurang daripada 0 kepada -1.
Nombor pengoksidaan sulfur dalam sulphur dioksida bertambah daripada +4 kepada +6.
(b)
Agen pengoksidaan : Iodin.
Agen penurunan : Sulfur dioksida.
(c) I2 + 2e− → 2I−