Asid ialah bahan kimia yang menghasilkan ion hidrogen dalam air.
Ion hidrogen ialah satu proton. Jadi, asid dapat digambarkan sebagai penderma proton.
Dalam sebarang larutan akueus, ion hidrogen sentiasa dihidratkan oleh satu molekul air untuk menjadi ion hidroksonium.
H++H2O→H3O+
Jadi, ion hidroksonium yang hadir dalam larutan itu dan bukan ion hidrogen.
Contoh-contoh pengionan asid:
Asid hidroklorik:HClH2O→H++Cl–
atau
HCl+H2O→H3O++Cl–Asid nitrikHNO3H2O→H++NO3–
atau
HNO3+H2O→H3O++NO3–Asid etanoikCH3COOHH2O→H++CH3COO–
atau
CH3COOH+H2OH2O→H3O++CH3COO–
Jenis Asid
Asid boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu asid organik dan asid bukan organik.
Contoh asid bukan organik ialah
asid sulfurik
asid sulfurus
asid nitrik
asid nitrus
asid fosforik
Beberapa contoh asid organik termasuk
asid etanoik
asid sitrik
Sifat-Sifat Fizik Asid
Asid mempunyai sifat fizik berikut:
rasa masam
nilai pH kurang daripada 7
Mengakis
mengubah kertas litmus biru kepada merah
mengkonduksikan arus elektrik
Kebesan Asid
Kebesan asid ialah bilangan ion hidrogen yang dapat dihasilkan oleh 1 molekul asid.
Mengikut takrifan ini asid boleh dibahagikan kepada
asid monobes/monoprtotik
asid dwibes/diprotik
asid tribes/triprotik
Asid
Contoh
Monobes
Asid hidroklorik, asid nitrik, asid etanoik
Dwibes
Asid sulfurik, asid karbonik
Teribes
Asid fosforik
Oksida-Oksida Asid
Beberapa oksida bukan logam bertindak balas dengan air menghasilkan larutan berasid yang mengandungi ion hidrogen.
Oksida oksida ini dikelaskan sebagai oksida asid. Contohnya Karbon dioksida CO2 + H2O –> 2H+ + CO32- Sulfur dioksida SO2 + H2O –> 2H+ + SO32- Sulfur trioksida SO3 + H2O –> 2H+ + SO42-