Bes

Bes

Apa Itu Bes?

  1. Bes ditakrifkan sebagai sebatian kimia yang boleh bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air.
  2. Tindak balas antara bes dengan asid itu dikenal sebagai tindak balas peneutralan.
  3. Contoh-contoh bes termasuk semua oksida logam dan hidroksida logam. Misalnya, kuprum(II) oksida, ferum(III) oksida, dan magnesium hidroksida.
  4. Semasa sesuatu bes meneutralkan sesuatu asid, ion O2- atau ion OH daripada bes akan meneutralkan ion H+ dariapda asid untuk membentuk air.
    \[\begin{gathered}
    {O^{2 – }} + 2{H^ + } \to {H_2}O \hfill \\
    O{H^ – } + {H^ + } \to {H_2}O \hfill \\
    \end{gathered} \]
  5. Jadi, bes ialah penerima ion H+ atau penerima proton, manakala asid ialah penderma ion H+ atau penderma proton.

Perbezaan antara Bes dengan Alkali

  1. Kebanyakan bes tidak larut dalam air.
  2. Bes yang larut dalam air dikenali sebagai alkali.
  3. Alkali ditakrifkan sebagai larutan akueus yang mengandungi ion-ion hidroksida, OH- yang bebas bergerak dalam air.
    Contoh-contoh alkali ialah
    1. kalium hidroksida,
    2. natrium hidroksida,
    3. larutan ammonia.
  4. Semua alkali adalah bes.
  5. Bes yang tidak larut dalam air akan kekal sebagai bes. contohnya, pepejal ferum(II) oksida dan ferum(II) hidroksida.

Sifat-Sifat Fizik Alkali

  1. Alkali mempunyai sifat sifat fizik berikut
    1. rasa pahit
    2. licin
    3. nilai pH lebih daripada 7
    4. mengubah warna kertas litmus merah kepada biru
    5. mengkonduksikan arus elektrik

Leave a Comment