Ester

  1. Ester ialah sebatian organik bukan hidrokarbon yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.
  2. Ia terbentuk apabila asid karboksilik bertindak balas dengan alkohol.

Formula Am:

CmH2m + 1COOCnH2n + 1

Di mana
m = 0, 1, 2, 3
n = 1, 2, 3

Contoh

Ester Formula 
 Metil metanoat
(m=0, n=1)
 HCOOCH3
 Etil metanoat
(m=1, n=1)
 CH3COOCH3
 Etil etanoat
(m=1, n=2)
 CH3COOC2H5
 Propil etanoat
(m=2, n=2)
 C2H5COO C2H5

Kumpulan berfungsi:

Pembentukan:

  1. Ester dihasilkan apabila asid karboksilik bertindak balas dengan alkohol dengan kehadiran asid sulfurik pekat sebagai mangkin.
  2. Tindak balas ini dipanggil tindak balas pengesteran.

Sifat Fizik Ester
  1. Ester mempunyai ciri-ciri berikut:
    1. Mempunyai wangi yang serupa dengan buah-buahan
    2. Tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik
    3. Takat mendidih yang rendah
    4. Kurang tumpat daripada air
    5. Cecair tidak berwarna
    6. Tidak meruap
  2. Dalam alam semulajadi, ester boleh ditemui di dalam tumbuhan.

Kegunaan Ester dalam Kehidupan Harian

  1. Sebagai perisa makanan
  2. Sebagai pewangi dalam sabun dan detergen
  3. Untuk membuat barangan kosmetik (minyak wangi)
  4. Untuk membuat ubat

Leave a Comment