Kedudukan hidrogen dalam siri keraktifan logam

  1. Kedudukan hidrogen dalam siri reaktiviti logam juga boleh ditentukan berdasarkan keupayaannya untuk menggantikan satu logam daripada oksida logamnya.
  2. Sekiranya hidrogen lebih reaktif daripada logam, ia dapat menggantikan logam itu daripada oksida logamnya, dan menrunkan oksida logam itu kepada logamnya.
    Hidrogen + logam oksida → logam + air
  3. Sebaliknya, jika hidrogen tidak dapat menyesarkan satu logam daripada oksida logamnya, maka hidrogen adalah kurang reaktif daripada logam itu dalam siri reaktiviti logam.
  4. Hidrogen boleh menurunkan ferum(II) oksida, Fe2O3 untuk membentuk ferum, Fe dan air.
    Fe2O3 + 3H2 → 2Fe + 3H2O
  5. Walau bagaimanapun, hidrogen tidak dapat menurunkan zink oksida, ZnO.
  6. Oleh itu hidrogen berada di bawah zink tetapi di atas ferum dalam siri kereaktifan logam.
  7. Rajah di bawah menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menentukan kedudukan hidrogen dalam siri kereaktifan.
  8. Carta di bawah menunjukkan kedudukan karbon dan hidrogen dalam siri kereaktifan logam berkenaan keupayaan mereka untuk menarik oksigen menjadi oksida.