Kedudukan karbon dalam siri keraktifan logam

  1. Kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam boleh ditentukan berdasarkan:
    1. Keupayaan logam untuk mengambil oksigen dari oksida karbon, iaitu karbon dioksida.
    2. Keupayaan karbon untuk mengambil oksigen daripada oksida logam.

Eksperimen 1

  1. Jika logam boleh mengambil oksigen daripada karbon dioksida, maka logam itu lebih reaktif daripada karbon.
    Logam + karbon dioksida → logam oksida + karbon
  2. Sebaliknya, jika logam tidak dapat mengambil oksigen daripada karbon dioksida, maka logam kurang reaktif daripada karbon.
    Contoh

2Mg (s) + CO2(g) → 2MgO (s)  + C (s)

Kesimpulan: Magnesium lebih reaktif daripada karbon kerana magnesium berupaya menyesarkan karbon daripada karbon dioksida.

Eksperimen 2


  1. Sekiranya karbon boleh mengambil oksigen daripada oksida logam, maka karbon lebih reaktif daripada logam.
    Karbon + logam oksida → logam + karbon dioksida
  2. Sebaliknya, jika karbon tidak dapat mengambil oksigen daripada satu logam oksida, maka karbon kurang reaktif daripada logam itu.
    Contoh
C + 2CuO → 2Cu + CO2
Kesimpulan: Kuprum kurang reaktif daripada karbon kerana ia boleh disesarkan oleh karbon daripada oksidanya.


Carta di bawah menunjukkan kedudukan karbon dalam siri kereaktifan.