Kegunaan Unsur Kumpulan 18

Kegunaan Unsur-unsur Kumpulan 18

Helium

Kapal Udara dan Belon Kaji Cuaca

  1. Gas helium digunakan untuk mengisi kapal udara dan belon kaji cuaca.
  2. Ini adalah kerana ia adalah jauh kurang tumpat daripada udara dan tidak mudah terbakar.

Tangki Oksigen Penyelam

  1. Helium juga dicampur dengan oksigen dalam tangki oksigen yang digunakan oleh juruselam.
  2. Ini kerana keterlarutan helium adalah sangat rendah. Oleh itu, ia tidak terlarut dalam darah penyelam walaupun pada tekanan persekitaran yang tinggi..
(Mentol Neon)

Neon

  1. Gas neon digunakan dalam lampu iklan kerana menyala dengan warna merah pada tekanan rendah.
  2. Ia juga digunakan dalam lampu mendarat untuk landasan kapal terbang.

Argon

(Filamen Mentol)

Filamen Mentol

Gas argon digunakan untuk mengisi mentol kerana tidak bertindak balas dengan filamen tungsten walaupun panas.

    (Kerja Mengimpal)

    Kerja Mengimpal

    Argon juga digunakan dalam mengimpal untuk mengurangkan pembentukan oksida rapuh dan seterusnya meningkatkan kualiti kerja.

    Pemadam Api

    Gas argon juga digunakan dalam alat pemadam api supaya kerosakan alat dapat dielakan

    (Laser)

    Kripton

    1. Gas kripton digunakan dalam pembedahan laser untuk membaiki retina mata.
    2. Ia juga digunakan dalam lampu isyarat.Krypton.

    Xenon

    (Lampu Flash Kamera)
    (Lampu berpendarfluor)
    1. Gas xenon digunakan sebagai anestetik dalam bidang perubatan.
    2. Ia juga digunakan dalam rumah api kerana xenon memberi cahaya biru yang cantik.
    3. Selain daripada itu, gas xenon juga digunakan di dalam lampu berpendafluor dan lampu flash kamera.

    Radon

    Digunakan dalam radioterapi untuk membunuh sel kanser.

    Leave a Comment