Kemajuan Dalam Sifat Kaca dan Seramik

Penggunaan Baru Kaca dan Seramik

Kaca Fotokromik

  1. Kaca fotokromik sangat sensitif terhadap cahaya.
  2. Ia menjadi gelap di hadapan cahaya terang dan menjadi cerah ketika jumlah cahaya matahari berkurang.

Kaca konduktif

  1. Kaca konduksif ialah sejenis kaca yang boleh menkonduksikan elektrik.
  2. Ia diperolehi dengan menyadur satu lapisan bahan kunduktor (biasanya indium stanum(IV) oksida) yang nipis di permukaan kaca, .
  3. Ia digunakan dalam pembuatan Paparan Cecair Kristal (LCD)

Blok Enjin Kereta

  1. Apabila tanah liat dipanaskan dengan magnesium oksida, seramik yang dihasilkan mempunyai daya ketahanan haba yang tinggi.
  2. Bahan ini digunakan untuk membina blok enjin di dalam kereta kerana ia dapat menahan suhu tinggi.

Superkonduktor

  1. Superkonduktor ialah konduktor elektrik yang mempunyai rintangan elektrik yang hampir sifar (0). Oleh itu, konduktor ini boleh mengurangkan kehilangan tenaga elektrik dalam bentuk haba.
  2. Yttrium barium kuprum oksida ialah sejenis superkonduktor seramik
  3. Superkonduktor digunakan untuk membuat magnet yang ringan tetapi beribu-ribu kali lebih kuat daripada magnet biasa.

Leave a Comment