Seramik

Revision Notes

    1. Seramik adalah bahan yang diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan oleh haba dalam relau yang dipelihara pada suhu yang tinggi.
    2. Tanah liat terdiri daripada aluminosilikat dengan pasir dan ferum(III) oksida sebagai bendasing.
      Contoh seramik termasuk
      1. jubin
      2. simen
      3. bata
      4. porselin
  1. Perbezaan antara seramik, logam dan bukan logam diberi di dalam jadual di bawah
Ciri-ciriLogamBukan logamSeramik
KekerasanKeras, mulur dan tempaLembut dan rapuhKeras tetapi rapuh
KetumpatanTinggiRendahSederhana
Takat leburTinggiRendahSangat tinggi
Rintangan terhadap habaTinggiRendahSangat tinggi
Kekonduksian haba dan elektrikKonduktor yanhg baikPenebat yang baikPenebat yang baik
Tindak balas kimiaTerkakisTerkakisStabil, tidak terkakis

Membandingkan Kaca dan Seramik

Sifat-sifat Umum Kaca dan Seramik
  1. Keras
  2. Kuat tetapi rapuh
  3. Tidak aktif secara kimia
  4. Konduktor haba dan elektrik yang lemah
  5. Takat lebur yang tinggi – tahan haba
  6. Tidak boleh dimampatkan dengan mudah

Perbezaan Di Antara Kaca dan Seramik
KacaSeramik

Komposisi utama:
Silika (SiO2)

Komposisi utama:
Aluminosilikat

Ciri-ciri:

  1. lutsina
  2. kuasa penahanan haba yang sederhana

Ciri-ciri:

  1. legap
  2. kuasa penahanan haba yang tinggi

Leave a Comment