Kaca

Kaca dan Seramik

  1. Komponen kaca dan seramik yang paling utama ialah silika (silikon (IV) dioksida, SiO2).
  2. Kedua-dua kaca dan seramik mempunyai ciri-ciri berikut:
    1. Keras tetapi rapuh
    2. Tidak mengkonduksi elektrik dan haba
    3. Tidak aktif terhadap tindak balas kimia
    4. Lemah apabila tekanan digunakan
    5. Boleh dibersihkan dengan mudah

Kaca

  1. Kaca merupakan campuran dua atau lebih jenis silikat logam di mana komponen utamanya ialah silikon (IV) dioksida.
  2. Kaca mempunyai ciri-ciri berikut:
    1. Lutsinar dan tidak berliang
    2. Tidak aktif secara kimia
    3. Boleh dibersihkan dengan mudah
    4. Penebat haba dan elektrik yang baik
    5. Keras tetapi rapuh
    6. Boleh menahan mampatan tetapi tidak menahan tekanan

Kaca Soda Kapur

Dihasilkan dengan memanaskan campuran silikon dioksida (pasir) dengan kalsium karbonat (kapur) dan natrium karbonat.

Komposisi: 

SiO2 – 70%,
Na2O – 15%,
CaO – 10%,
Lain-lain – 4%

Ciri-ciri:

  1. Takat lebur yang rendah (700 ° C)
  2. Mudah dibentuk
  3. Murah
  4. Senang pecah
  5. Tidak  tahan haba yang tinggi

Kegunaan: 
Bekas kaca, panel kaca, cermin, lampu dan mentol, pinggan dan mangkuk, botol

Kaca Plumbum 

Dihasilkan dengan memanaskan campuran silikon dioksida (pasir) dengan oksida plumbum dan kalium hidroksida.

Komposisi: 
SiO2 – 70%,
Na2O – 20%,
PbO – 10%

Ciri-ciri:

  1. Ketumpatan tinggi dan indeks biasan yang tinggi
  2. Permukaan berkilau
  3. Lembut
  4. Takat lebur rendah (600 ° C)

Kegunaan: 
Bekas untuk minuman dan buah-buahan, kaca dan lampu hiasan, alat-alat kaca kristal, kanta untuk cermin mata

Kaca Borosilikat

Dihasilkan dengan menambah boron oksida (B2O3) ke dalam kaca soda kapur

Komposisi: 
SiO2 – 80%,
B2O3 – 13%,
Na2O – 4%,
Al203 – 2%

Ciri=ciri:

  1. Tahan terhadap haba tinggi dan tindak balas kimia.
  2. Tidak mudah rosak
  3. Membenarkan sinar infra-merah melaluinya tetapi menghalang sinar ultra ungu

Kegunaan:Alat-alat kaca di makmal, perkakas memasak 

Kaca Silika Terlakur

Dihasilkan dengan memanaskan silikon tetraklorida pada suhu tinggi dengan kehadiran oksigen.

Komposisi: 
SiO2 – 99%,
Lain-lain- 1%

Ciri-ciri:

  1. Takat lebur yang tinggi (1700 ° C)
  2. Mahal
  3. Membolehkan cahaya ultraungu melaluinya
  4. Tahan haba tinggi

Kegunaan: 
Alat-alat sains seperti kanta, spektrometer, kanta optik, alat radas makmal

Leave a Comment