- Nilon dan terilena ialah gentian sintetik yang dibuat melalui proses pempolimeran kondensasi.
- Gentian ini menyerupai gentian semulajadi tetapi lebih tahan terhadap tekanan dan bahan kimia, dan lebih tahan lama.
Nilon
Struktur
Monomer: Heksana-1,6-diamina dan asid heksana-1,6-dioik
Jenis pempolimeran: Kondensasi
Kegunaan: Untuk membuat payung, permaidani, sikat, langsir, tali nilon dan tali, sarung kaki, berus gigi dan sebagainya.
Terilena
Struktur
Monomer: Etana-1,2-diol dan asid benzena-1,4-dikarboksilik
Jenis pempolimeran: Kondensasi
Kegunaan: Untuk membuat jaring, pakaian (cepat kering, bukan besi), kaset dan pita video.