Menganalisis Peneutralan

Tindak Balas Peneutralan

  1. Peneutralan ialah tindak balas antara suatu asid dengan suatu bes atau alkali untuk menghasilkan garam dan air.
    Asid + alkali → garam + air
  2. Persamaan ion bagi peneutralan antara asid kuat dan alkali kuat adalah seperti berikut
    H+ + OH → H2O
  3. Contoh contoh tindak balas peneutralan:
    Asid Hdroklorik + Natrium Hidroksida
     HCl + NaOH → NaCl + H2O
    Asid Nitrik + Larutan Ammonia
     HNO3 + NH3 → NH4NO3 + H2O
    Asid Etanoik + Kalium Hidroksida
     CH3COOH + KOH → CH3COOK + H2O

Aplikasi Peneutralan

Peneutralan Dalam Pertanian

Meneutralkan Tanah Berasid

  1. Tumbuh-tumbuhan tidak tumbesar dengan baik jika keasidan tanah terlalu tinggi.
  2. Tanah yang terlalu berasid, boleh dineutralkan dengan bes seperti kapur tohor (kalsium oksida), kapur mati (kalsium hidroksida) atau batu kapur (kalsium karbonat).

(Tindak balas peneutralan digunakan untuk mengubah pH tanah)

Merawat Tanah Beralkali

  1. Tumbuhan juga tidak boleh membesar dengan baik dalam tanah yang mempunyai pH yang terlalu tinggi.
  2. Kompos  daripada sayuran atau daun yang sedang mengurai diguna oleh petani untuk merawat tanah beralkali.
  3. Semasa penuraian, gas karbon dioksida dibebaskan. Gas ini larut dalam air membentuk asid karbonik yang boleh meneutralkan alkali dalam tanah beralkali.

Peneutralan Dalam Industri

Penyaduran Elektrik

  1. Dalam industri penyaduran elektrik hasil buangan seperti asid sulfurik perlu dineutralkan sebelum disalur ke dalam sungai atau tasik.
  2. Asid sulfurik ini Biasanya dineutralkan dengan kapur.

Pembuatan Asid Sulfurik

  1. Proses Sentuh digunakan untuk membuat asid sulfurik dalam industri.
  2. Dalam proses Sentuh gas sulfur dioksida dihasilkan daripada pembakaran sulfur dalam udara.
  3. Untuk mengelakkan gas sulfur dioksida daripada terbebas ke atmosfera, gas buangan diolahkan dengan serbuk kapur.
  4. Kapur boleh meneutralkan sulfur dioksida yang berasid.

Peneutralan Dalam Perubatan

Merawat Gastrik

  1. Asid yang berlebihan dalam perut menyebabkan sakit gastrik.
  2. Ubat mengandungi bes lemah seperti magnesium hidroksida atau natrium hidrogen karbonat digunakan untuk meneutralkan asid berlebihan dalam perut.

(Ubat antasid digunakan untuk meneutralkan asid di dalam perut)

Sengatan Semut dan Lebah

  1. Sengatan lebah atau semut adalah berasid dan boleh dirawat dengan menggunakan krim beralkali atau serbuk penaik.
  2. Sengatan tebuan pula bersifat alkali dan boleh dirawat dengan menggunakan cuka.

Ubat Gigi

Ubat gigi mengandungi bes (seperti magnesium hidroksida) untuk meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut.

Leave a Comment