Pengekstrakan Logam

Aplikasi Elektrolisis Dalam Industri – Pengekstrakan Logam

  1. Rajah di bawah menunjukkan cara pengekstrakan logam bagi logam yang berlainan.

  2. Emas dan perak (argentum) tidak perlu diekstrakan kerana ia wujud dalam bentuk unsur di dalam alam semula jadi.
  3. Kuprum dan merkuri dapat diekstrakan dengan membakar sebatiannya di dalam udara.
  4. Bagi logam yang kurang reaktif daripada karbon seperti plumbum, stanum, ferum dan zink, ia diekstrakan daripada sebatiannya dengan cara penurunan oleh karbon.
  5. Logam-logam yang aktif seperti natrium, kalsium, atau aluminium diperolehi daripada sebatiannya melalui proses elektrolisis.
  6. Ini kerana logam-logam ini tidak dapat diekstrakkan
    dengan cara penurunan oleh karbon.

Aplikasi Elektrolisis Dalam Industri – Pengekstrakan Aluminium

  1. Rajah di atas menunjukkan alat radas yang digunakan untuk pengekstrakan aluminium di dalam industri dengan menggunakan kaedah elektrolisis.
  2. Dalam SPM, anda perlu tahu
    1. jenis elektrolit yang digunakan.
    2. bahan yang digunakan sebagai anod dan katod
    3. tindak balas kimia di anod dan katod.
    4. mengapakah kriolit ditambah ke dalam bausit lebur?
  3. Grafit (Karbon) digunakan sebagai anod dan katod.
  4. Elektrod karbon perlu digantikan dari masa ke semasa kerana pada suhu setinggi 980oC, karbon bertindak balas dengan oksigen membentuk karbon dioksida.
  5. Aluminium ialah bahan yang terdapat dalam bausit. 
  6. Bausit ditulenkan menjadi aluminium oksida, sejenis serbuk putih di mana aluminium boleh diekstrakkan.
  7. Kriolit dicampurkan ke dalam aluminuim oksida untuk merendahkan takat lebur aluminium oksida daripada 2000°C kepada 980°C. 

Elektrolit: 

Bausit lebur (Aluminium Oksida).

Al2O3 2Al3+ + 3O2-

Elektrod:

Anod: Grafit
Katod: Grafit

Tindakbalas Kimia

Anod:

2O2-  O2 + 4e

Ion oksida dinyahcaskan untuk membentuk gas oksigen. Gas oksigen dikumpulkan untuk kegunaan industri lain.

Katod

Al3++ + 3e  Al

Ion aluminium dinyahcaskan untuk membentuk logam aluminium

    Leave a Comment