Peranan Ikatan Hidrogen Dalam Kehidupan Harian

Rambut Basah Melekat dan Susah Disikat

  1. Molekul air pada rambut yang basah membentuk ikatan hidrogen dengan gentian rambut yang terdiri daripada protein.
  2. Ikatan hidrogen ini menyebabkan rambut basah melekat dan susah disikat.

Hujung Jari Dibasahi Air Membantu Menyelak Wang Kertas


  1. Wang kertas melekat pada hujung jari dibasahi air kerana molekul air di hujung jari membentuk ikatan hidrogen dengan gentian selulosa dalam wang kertas .
  2. Wang kertas susah diselak dengan jari yang kering kerana daya geseran di antara wang kertas dan jari adalah lemah.