Proses Sentuh

Penghasilan Asid Sulfurik Dalam Industri

  1. Dalam industri asid sulfurik dihasilkan melalui proses Sentuh
  2. Bahan mentah yang digunakan dalam proses Sentuh ialah
    1. sulfur,
    2. udara
    3. air.
  3. Proses Senruli melibatkan tiga peringkat, iaitu
    1. Peringkat I: SuIfur → Sulfur dioksida
    2. Peringkat II: Sulfur dioksida → Sulfur trioksida
    3. Peringkat III: Sulfur trioksida → Asid sulfurik

Peringkat I:

Pemanasan sulfur di udara menghasilkan gas sulfur dioksida, SO2.

S + O2 → SO2

Sulfur dioksida juga boleh dihasilkan dengan membakar sulfida logam seperti plumbum(II) sulfida atau zink sulfida dalam udara kering.

2PbS + 3O2 → 2PbO + 2SO2

Peringkat II

Penukaran sulfur dioksida kepada sulfur trioksida, S03

2S02 + 02 → 2S03

  1. Proses ini dilakukan dalam keadaan berikut untuk mendapatkan hasil yang optima:
    1. (Vanadium(V) oksida, V205 sebagai mangkin
    2. Suhu antara 450 °C – 550 °C
    3. Tekanan satu atmosfera
  2. Lebih kurang 99.5% sulfur dioksida, SO2 bertukar menjadi sulfur trioksida, SO3 melalui tindak balas ini.

Peringkat III

Penghasilan asid sulfurik pekat
Langkah 1:
Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk menghasilkan oleum, H2S2O7

S03 + H2SO4 → H2S207

Langkah 2:
Kemudian, oleum dicairkan oleh air untuk menghasilkan asid sulfurik pekat.

H2S207 + H20 → 2H2SO4

Nota Penting

  1. Kedua-dua langkah dalam peringkat ketiga adalah bersamaan dengan menambah sulfur trioksida, SO3 terus ke air.

    SO3 + H2O → H2SO4

  2. Bagaimanapun, ini tidak dilakukan dalam industri kerana sulfur trioksida, SO3 bertindak balas dengan sangat pantas dengan air.
  3. Ini akan menghasilkan kuantiti haba yang banyak dalam masa yang singkat. Akibatnya, banyak wasap asid sulfurik dihasilkan.
  4. Wasap itu sangat menghakis, mencemarkan udara dan sukar dikondensasikan.g

Ringkasan Proses Sentuh

Leave a Comment