Sulfur Oksida dan Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran Alam Sekitar oleh Sulfur Dioksida

  1. Gas sulfur dioksida, SO2 ialah salah satu hasil sampingan Proses Sentuh. Ia merupakan salah satu sumber pencemaran alam sekitar.
  2. Gas sulfur dioksida ialah gas berasid dan beracun. Ia boleh mangakibatkan  pencemaran alam sekitar yang serius.
  3. Menyedut udara yang mengandungi gas sulfur dioksida boleh mengakibatkan penyakit di sistem pernafasan dan penyakit  paru-paru seperti asma dan bronkitis..
  4. Gas sulfur dioksida yang  terlarut di dalam air hujan menghasilkan asid sulfurus, H2SO3
    SO2 + H2O→ H2SO3
  5. Gas sulfur dioksida yang bertindak balas dengan oksigen di udara menghasilkan sulfur trioksida, 
  6. Gas sulfur trioksida melarut dalam air hujan menghasilkan asid sulfurik. Kedua-dua asid sulfurus dan asid sulfurik mengakibatkan pembentukan hujan asid.
  7. Kesan buruk hujan asid termasuk:
    1. merosakan bangunan konkrit kerana konkrit  mengandungi kalsium karbonat yang boleh bertindak balas dengan asid sulfurik
    2. mencepatkan kakisan bahan buatan logam
    3. menyebabkan pH tanah terlalu rendah sehingga tidak sesuai bagi pertanian
    4. merendahkan pH air sungai dan air kolam dan seterusnya membunuh hidupan akuatik
    5. menghapuskan nutrien tumbuhan dengan melarutkan mineral dalam tanah
  8. Suber-sumber sulfur dioksida utama  termasuk
    1.  pembakaran bahan api fosil seperti petroleum yang mengandungi sulfur.
    2. kilang-kilang pembuatan asid sulfurik
    3.  letupan gunung berapisi

Leave a Comment