Unsur-unsur Kumpulan 1

Unsur Kumpulan 1 – Logam Alkali

  1. Unsur-unsur dalam kumpulan satu dikenali sebagai logam alkali.
  2. Ini adalah kerana logam dalam kumpulan ini membentuk oksida dan hydroksida yang akan membentuk alkali apabila larut di dalam air.
  3. Seperti yang ditunjukkan di rajah sebelah kanan, unsur-unsur kumpulan logam alkali termasuk litium, natrium, kalium, rubidium, sesium dan fransium.
  4. Semua unsur kumpulan 1 mempunyai 1 elektron valens. Kesamaan ini menyebabkan mereka menunjukkan sifat kimia yang sama.
  5. Semua logam alkali adalah sangat reaktif. Mereka mesti disimpan di dalam minyak supaya tidak bertindak dengan oksigen atau wap air di udara.


Sifat Fizik Logam Alkali

NamaNomber ProtonSusunan Elektron
Litium32.1
Natrium112.8.1
Kalium192.8.8.1
Rubidium372.8.18.8.1
Sasium552.8.18.18.8.1
Fransium872.8.18.32.18.8.1
  1. Semua logam kumpulan satu wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik. Mereka mempunyai ciri-ciri khas logam seperti
    1. konduktor haba yang baik
    2. konduktor elektrik yang baik
    3. takat didih yang tinggi
    4. permukaan berkilau (tetapi menjadi pudar dengan cepat selepas dioksidakan oleh oksifen di udara.)
  2. Bagaimanapun, logam kumpulan satu juga menunjukkan beberapa ciri yang tidak biasa diperhatikan pada logam seperti:
    1. takat lebur yang rendah,
    2. ketumpatan yang rendah (3 unsur pertama dalam kumpulan ini boleh terapung di atas air),
    3. sangat lembut (boleh dipotong oleh pisau).

Perubahan Penting Apabila Menuruni Kumpulan:

  1. Saiz atom bertambah
  2. Takat lebur dan takt didih berkurang
  3. Ketumpatan bertambah
  4. Kekerasan berkurang

    Saiz Atom

    1. Seperti ditunjukkan da dalam rajah di sebelah kanan, apabila menuruni kumpulan, sais atom bertambah.
    2. Ini disebabkan oleh pertambahan petala-petala yang diisi oleh elektron.
    3. Atom yang mempunyai lebih banyak petala adalah lebih besar berbanding dengan atom yang memounyai kurang petala.

      Takat Lebur dan Takat Didih

      NamaNomber ProtonTakat LeburTakat Didih
      Litium3180ºC1342ºC
      Natrium1198ºC883ºC
      Kalium1963ºC759ºC
      Rubidium3739ºC688ºC
      Sasium5529ºC671ºC
      Fransium8727ºC677ºC

      Seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di sebelah kanan, takat lebur dan takat didih logam alkali menurun apabila menuruni kumpulan.

      Penerangan

      1. Atom-atom bagi logam alkali diikat antara satu sama lain oleh satu daya yang dinamakan sebagai ikatan logam.
      2. Kekuatan ikatan logam bergantung kepada jarak di antara atom. Semakin dekat atom-atom, semakin kuat ikatan logam ini.
      3. Apabila menuruni kumpulan, saiz atom bertambah. Oleh itu, jarak di antara atom bertambah.
      4. Pada hakikatnya, kekuatan ikatan logam di antara atom-atom berkurang, dan tenaga yang diperlukan untuk mengatasi ikatan ini semasa peleburan atau pendidhan juga berkurang dan seterusnya takat lebur/didih berkurang.

        Ketumpatan

        NamaNomber ProtonKetumpatan g/cm3
        Litium30.53
        Natrium110.97
        Kalium190.86
        Rubidium371.48
        Sasium551.87
        Fransium87> 1.87
        1. Ketumpatan logam kumpulan adalah lebih rendah berbanding dengan logam yang lain.
        2. Ketumpatan litium, natrium dan kalium adalah lebih rendah daripada air. Oleh itu mereka boleh terapung di atas permukaan air.
        3. Bagaimanapun, apabila menuruni kumpulan, ketumpatan logam alkali bertambah.

        Leave a Comment