Konsep Mol
- “mol” mewakili satu bilangan yang tertentu ( 6.02 x 1023 ).
- Satu mol sesuatu bahan ialah kuantiti yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan bilangan atom yang terdapat dalam 12.000 gram karbon-12. Bilangan zarah ini ialah 6.02 x 1023.”
- Nombor malar 6.02 x 1023 disebut nombor Avogadro.Misalan:
1 dozen telur = 6.02 x 1023 biji telur½ dozen telur = 3.01 x 1023 biji telur¼ dozen telur = 1.505 x 1023 biji telurDengan konsep yang sama:1 mol atom = 6.02 x 1023 biji atom½ mol atom = 3.01 x 1023 biji atom¼ mol atom = 1.505 x 1023 biji atom.
- Jenis zarah yang terdapat dalam suatu bahan mungkin ialah atom, molekul atau ion.Misalan:1 mol kalium = 6.02 x 1023 atom kalium1 mol karbon dioksida = 6.02 x 1023 molekul karbon dioksida.1 mol ion sulfat = 6.02 x 1023 ion sulfat.
Contoh:
Cari bilangan atom yang terdapat di dalam:
Cari bilangan atom yang terdapat di dalam:
- 2 mol ferum
- 3.6 mol zink
- 2.8 mol zink
- ¼ mol ferum
Jawapan:
- 2 mol ferum = 2 x 6.02 x 1023 = 1.204 x 1024 atom ferum
- 3.6 mol zink = 3.6 x 6.02 x 1023 = 2.167 x 1024 atom zink
- 2.8 mol zink = 2.8 x 6.02 x 1023 = 1.686 x 1024 atom zink
- ¼ mol ferum = ¼ x 6.02 x 1023 = 1.505 x 1023 atom ferum.
Bilangan Mol dan Bilangan Zarah
- Kita telah belajar bahawa “mol” mewakili satu kuantiti, iaitu 1 mol = 6.02 x 1023. The number 6.02 x 1023 dan nilai ini digelar pemalar Avogadro.
- Oleh itu, jika dalam satu soalan kita diberi bilangan mol bahan dan disuruh mencari bilagan zarah dalam bahan itu, kita boleh mendapat jawapan dengan mendarabkan bilangan mol bahan itu dengan pemalar Avogadro.
- Sebaliknya, jika bilangan zarah diberi dan disuruh menbari bilangan mol, jawapan boleh diperolehi dengan membahagikan bilangan zarah dengan pemalar Avogadro.
Contoh 1
Antara 1 mol of helium dan 1 mol of uranium, yang manakah emngandungi lebih banyak zarah? Yang mana pula mempunyai jisim yang lebih besar. [ Jisim atom relatif: He=4; U=238 ]
Antara 1 mol of helium dan 1 mol of uranium, yang manakah emngandungi lebih banyak zarah? Yang mana pula mempunyai jisim yang lebih besar. [ Jisim atom relatif: He=4; U=238 ]
Jawapan:
1 mol of helium and 1 mol of uranium mengandungi bilangan zarah yang sama..
Jisim 1 mol uramium lebih besar daripada jisim 1 mol helium.
Contoh 2
Cari bilangan zarah yang terdapat di dalam 2.5 mol emas.
Cari bilangan zarah yang terdapat di dalam 2.5 mol emas.
Jawapan:
Bilangan atom
= Bilangan mol x pemalar Avogadro
= 2.5 x 6.02 x 1023 = 1.505 x 1024
Contoh 3
Berapa bilangan mol magnesium mengandungi 2.76 x 1023 atom magnesium?
Berapa bilangan mol magnesium mengandungi 2.76 x 1023 atom magnesium?
Jawapan:
Bilangan mol
= Bilangan atom ÷ pemalar Avogadro
= 2.76 x 1023 ÷ 6.02 x 1023
= 0.46 mol