Soalan 1:
Nyatakan maksud ikatan hidrogen.
Jawapan:
Daya tarikan antara atom hidrogen (H) yang terikat dengan atom yang mempunyai keelektronegatifan yang tinggi, iaitu nitrogen (N), oksigen (O) atau fluorin (F) dengan atom nitrogen (N), oksigen (O) atau fluorin (F) dalam molekul lain.

Soalan 2:
Hidrogen fluorida, HF wujud sebagai cecair pada suhu bilik. Terangkan fenomena ini berdasarkan pembentukan ikatan hidrogen.
Jawapan:
Molekul hidrogen fluorida, HF terdiri daripada satu atom hidrogen, H dan satu atom fluorin, F. Atom fluorin mempunyai keelektronegatifan yang tinggi. Daya tarikan terhasil di antara atom hidrogen yang terikat dengan atom fluorin di dalam molekul lain dengan atom fluorin dari molekul hidrogen fluorida, HF yang lain. Ikatan hidrogen yang kuat terhasil. Lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan van der Waals antara molekul hidrogen fluorida di samping memecahkan ikatan hidrogen. Maka hidrogen fluorida mempunyai takat didih yang tinggi dan wujud sebagai cecair pada suhu bilik.

Soalan 3:
Bolehkah ikatan hidrogen terbentuk antara molekul hidrogen klorida, HCl? Berikan justifikasi anda.
Jawapan:
Tidak. Walaupun atom klorin mempunyai keelektronegatifan yang tinggi, saiz atom klorin adalah besar.

Soalan 4:
Jelaskan mengapa kertas yang basah akan melekat sesama sendiri.
Jawapan:
Selulosa dalam kertas mempunyai atom oksigen yang terikat dengan atom hidrogen. Molekul air akan membentuk ikatan hidrogen dengan selulosa dalam kertas. Dengan itu, kertas akan melekat bersama apabila basah.