Soalan 1:
Apakah maksud ikatan datif?
Jawapan:
Ikatan datif atau ikatan koordinat merupakan sejenis ikatan kovalen di mana pasangan elektron yang dikongsi berasal dari satu atom sahaja.

Soalan 2:
Terangkan pembentukan ion ammonium melalui pembentukan ikatan datif antara ion hidrogen, H+ dengan atom nitrogen di dalam ammonia, NH3.
Jawapan:
Ion hidrogen, H+ tidak mempunyai sebarang elektron dalam petala. Atom nitrogen dalam ammonia mempunyai pasangan elektron yang boleh dikongsikan dengan ion hidrogen. Perkongsian elektron ini akan membentuk ikatan datif.

Soalan 3:
Atom boron, B yang terdapat di dalam sebatian boron trifluorida, BF3 belum mencapai susunan elektron oktet kerana hanya mempunyai enam elektron valens. Bolehkah atom boron, B membentuk ikatan datif dengan atom nitrogen, N di dalam sebatian ammonia, NH3? Jelaskan jawapan anda.
Jawapan:
Boleh. Atom nitrogen di dalam ammonia mempunyai pasangan elektron yang boleh dikongsikan dengan atom boron di dalam boron trifluorida melalui pembentukan ikatan datif supaya atom boron dapat mencapai susunan elektron oktet yang stabil.