Soalan 1:
Nyatakan tiga sifat fizik unsur menuruni Kumpulan 17.
Jawapan:
– Takat lebur dan takat didih semakin bertambah
– Warna semakin gelap
– Ketumpatan semakin bertambah

Soalan 2:
Fluorin adalah sangat reaktif berbanding dengan iodin. Tindak balas fluorin dengan hampir semua unsur lain adalah sangat cergas. Mengapakah fluorin lebih reaktif berbanding dengan iodin?
Jawapan:
Kereaktifan unsur Kumpulan 17 bergantung kepada keupayaan atom tersebut menerima elektron dengan mudah. Saiz atom fluorin lebih kecil daripada saiz atom iodin. Maka daya tarikan nukleus terhadap elektron dalam atom fluorin lebih kuat berbanding iodin. Oleh itu, lebih mudah untuk fluorin menerima elektron jika dibandingkan dengan iodin.

Soalan 3:
Nyatakan dua contoh bahan yang mengandungi unsur Kumpulan 17.
Jawapan:
– Disinfektan mengandungi iodin.
– Air minuman mengandungi klorin.

Soalan 4:
Astatin tidak digunakan di dalam makmal. Jelaskan.
Jawapan:
Astatin merupakan unsur radioaktif yang sukar dijumpai kerana tidak stabil secara kimia. Astatin boleh dihasilkan melalui pereputan radioaktif unsur uranium, neptunium dan plutonium. Oleh itu, astatin tidak digunakan dalam makmal.