Penilaian Prestasi 4 (Soalan 7 – 10) (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4 (Jadual Berkala Unsur)


Soalan 7:
Klorin, Cl2 bertindak balas dengan natrium, Na untuk membentuk satu sebatian. Tulis persamaan kimia untuk tindak balas ini.

Jawapan:
2Na(p) + Cl2(g) → 2NaCl(s)


Soalan 8:


Rajah 3 menunjukkan susunan elektron untuk unsur G.
(a) Apakah kumpulan unsur G dalam Jadual Berkala Unsur?
(b) Apakah kala unsur G dalam Jadual Berkala Unsur?
(c) Nyatakan satu sifat fizik unsur G.


Jawapan:
(a) Kumpulan 13
(b) Kala 3
(c) G merupakan unsur logam


Soalan 9:


(a) Nyatakan unsur logam, metaloid dan bukan logam daripada senarai yang diberikan di atas.
(b) Jelaskan perubahan jejari atom merentasi kala dari kiri ke kanan.
(c) Unsur manakah merupakan gas adi?
(d) Berikan satu persamaan kimia apabila logam bertindak balas dengan air.


Jawapan:
(a) Logam: Na, Mg, Al
Metaloid: Si
Bukan logam: P, S, Cl, Ar

(b) Jejari atom semakin berkurang dari Na kepada Cl. Ini adalah kerana bilangan elektron semakin bertambah, maka bilangan proton juga bertambah. Disebabkan hal ini, cas di dalam nukleus juga bertambah menyebabkan tarikannya terhadap elektron juga bertambah menyebabkan keelektronegatifan meningkat. Oleh itu, saiz atom semakin berkurang kerana jejari atom semakin berkurang apabila merentasi kala dari kiri ke kanan.

(c) Unsur argon

(d) 2Na(p) + 2H2O(ce) → 2NaOH(ak) + H2(g)


Soalan 10:
Nyatakan warna bagi ion unsur peralihan berikut:
(a) Ion ferum(II).
(b) Ion ferum(III).

Jawapan:
(a) Hijau
(b) Perang