Penilaian Prestasi 4 (Soalan 1 – 6) (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4 (Jadual Berkala Unsur)


Soalan 1:
Bagaimanakah Moseley menyusun unsur dalam Jadual Berkala Unsur?

Jawapan:
Mengikut pertambahan nombor proton.


Soalan 2:


Rajah 1 menunjukkan simbol kimia unsur X.
(a) Apakah kumpulan unsur X dalam Jadual Berkala Unsur?
(b) Apakah kala unsur X dalam Jadual Berkala Unsur?

Jawapan:
(a) Kumpulan 17
(b) Kala 3


Soalan 3:
Seorang pemilik restoran menggunakan lampu elektrik yang berwarna-warni untuk menarik pelanggan datang ke kedainya. Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk membuat lampu tersebut?

Jawapan:
Neon


Soalan 4:
Nyatakan sifat fizik dan sifat kimia unsur dengan susunan elektron 2.8.8.1.

Jawapan:
Unsur ini merupakan logam yang lembut dan kelabu berkilat. Unsur kumpulan 1 bertindak balas cergas dengan oksigen, air dan gas klorin.


Soalan 5:
Nyatakan unsur dalam Kala 3 yang membentuk oksida amfoterik.

Jawapan:
Unsur aluminium


Soalan 6:
Rajah 2 menunjukkan beberapa unsur dalam Jadual Berkala Unsur yang diwakili dengan huruf X dan Y.


(a) Tulis susunan elektron bagi atom X dan Y.

(b) Jelaskan dua perbezaan sifat kimia antara unsur X dan Y.

(c) Mengapakah kereaktifan unsur-unsur yang sama kumpulan dengan X bertambah menuruni kumpulan, tetapi kereaktifan unsur-unsur yang sama kumpulan dengan Y berkurang?


Jawapan:
(a) Susunan elektron X = 2.2
Susunan elektron Y = 2.8.7

(b)


(c)
– Kereaktifan unsur yang sama kumpulan dengan Unsur X bergantung kepada kecenderungan atom melepaskan dua elektron

– Menuruni kumpulan, saiz atom bertambah menyebabkan jarak di antara nukleus dan elektron valens semakin jauh

– Daya tarikan nuklues terhadap elektron valens semakin lemah

– Atom lebih mudah melepaskan elektron. Oleh itu kereaktifan unsur bertambah menuruni kumpulan

– Kereaktifan unsur yang sama kumpulan dengan Unsur Y bergantung kepada kecenderungan atom menerima atau menarik satu elektron

– Menuruni kumpulan, saiz atom bertambah menyebabkan jarak di antara nukleus dan elektron semakin jauh

– Daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin lemah

– Atom lebih sukar menerima atau menarik elektron. Oleh itu kereaktifan unsur berkurang menuruni kumpulan.