- Semua logam alkali bertindak dengan gas klorin membentuk logam klorida yang berwarna putih.
Logam kumpulan 1 + Gas klorin → Logam klorida
- Garam logam klorida yang terbentuk boleh terlarut dalam air dan menghasilkan larutan neutral yang mempunyai pH 7.
- Kereaktifan logam kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan.
Contoh:
Litium + Klorin
2Li + Cl2 → 2LiCl
Pemerhatian
Litium terbakar secara perlahan lahan dengan nyala merah.
Natrium + Klorin
2Na + Cl2 → 2NaCl
Pemerhatian
Natrium terbakar dengan nyala kuning yang terang dan cepat.
Kalium + Klorin
2K + Cl2 → 2KCl
Pemerhatian
Kalium terbakar dengan nyala ungu kemerahan yang amat terang dan amat cepat.