Logam Alkali Bertindak Dengan Gas Oksigen

Logam Alkali Bertindak Dengan Gas Oksigen

  1. Logam kumpulan satu bertindak dengan gas oksigen membentuk logam oksida. Logam oksida yang terbentuk itu boleh terlarut di dalam air membentuk larutan beralkali.

    Logam kumpulan 1 + Gas oksigen → Logam oksida

  2. Litium, natrium dan kalium membentuk serbuk berwarna putih selepas bertindak dengan gas oksigen.
  3. Serbuk putih itu merupakan oksida bagi litium, natrium dan kalium.
  4. Apabila serbuk putih ini terlarut di dalam air, ia menghasilkan satu larutan yang boleh mengubah warna kertas litmus merak kepada biru. Ini bermakna, larutan yang dihasilkan itu ialah satu alkali kuat.
  5. Dalam tindak balas antara logam kumpulan satu dengan oksigen, kita dapati bahawa kereaktifan unsur-unsur kumpulan satu bertambah apabila menuruni kumpulan.

Contoh

Litium + Gas Oksigen

4Li + O2→ 2Li2O

Terlarut di dalam air

Li2O + H2O → 2LiOH

Pemerhatian
Litium terbakar secara perlahan lahan dengan nyala merah.

Natrium + Gas Oksigen

4Na + O2→ 2Na2O

Terlarut di dalam air

Na2O + H2O → 2NaOH

Pemerhatian
Natrium terbakar dengan nyala kuning yang terang dan cepat

Kalium + Gas Oksigen

4K + O2→ 2K2O

Terlarut di dalam air

K2O + H2O → 2KOH

Pemerhatian
Kalium terbakar dengan nyala ungu kemerahan yang amat terang dan amat cepat.i

Video-video

Tindak dalas di antara natrium dengan oksigen, menggunakan air sebagai “starter”.

Tindak dalas di antara litium dengan oksigen di dalam udara.

Tindak dalas di antara natrium dengan oksigen di dalam udara.

Demontrasi tindak dalas di antara litium, natrium atau kalium dengan oksigen serta penerangannya.

Leave a Comment