Logam alkali bertindak balas cergas dengan air sejuk untuk menghasilkan gas hidrogen.
Larutan terhasil boleh menukarkan kertas litmus merah menjadi biru.
Logam Kumpulan 1 + Air → Alkali + Gas hidrogen
Pemerhatian Umum
- Litium, natrium dan kalium terapung dan bergerak di atas permukaan air kemudian larut di dalam air.
Kesimpulan:
Litium, natrium dan kalium kurang tumpat daripada air. - Gas tidak berwarna dilepaskan sekitar logam alkali semasa ia bertindak. Gas ini menghasilkan letupan “pop” apabila kayu uji menyala dimasukkan dalam tabung uji yang diisi oleh gas ini.
Kesimpulan:
Gas tidak berwarna itu ialah gas hidrogen. - Larutan yang dihasillkan bertukar menjadi biru apabila beberapa titis penunjuk semesta dititiskan ka dalamnya.
Kesimpulan:
Larutan yang dihasilkan ialah alkali
Litium + Air
2Li + 2H2O → 2LiOH + H2
Pemerhatian
Litium bergerak dengan perlahan-perlahan di permukaan air dengan menghasilkan bunyi “hiss”.
Natrium + Air
2Na + 2H2O → 2NaOH + H2
Pemerhatian
Natrium bergerak cepat secara rawak dengan menghasilkan bunyi “hiss”.
Kalium + Air
2K + 2H2O → 2KOH + H2
Pemerhatian
Kalium terbakar degan nyalaan ungu kemerahan, bergerak secara melompat-lompat di permukaan air dengan sangat cepat.