Kekuatan Asid dan Alkali

Kekuatan asid

  1. Kekuatan asid dan alkali bergantung pada darjah pengionan asid dan alkali dalam air.
  2. Asid kuat ialah asid yang mengion sepenuhnya dalam air menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang tinggi.
  3. Asid lemah ialah asid yang mengion separa dalam air menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah.
Misalnya,
AsidKepekatanDarjah penceraian
Asid hidroklorik0. 1 Mol dm-3100%
Asid etanoik0. 1 mol dm-31.34%
  1. Dalam jadual di atas, kedua-dua asid hidroklorik dan asid etanoik mempunyai kepekatan yang sama.
  2. Bagaimanapun, darjah penceraian asid hidroklorik ialah 100% manakala darjah penceraian asid etanoik hanya 1.34%.
  3. Asid hidroklorik mengion sepenuhnya dalam air menghasilkan kepekatan ion hidrogen H+ yang tinggi. Maka ia dikelaskan sebagai asid kuat.
  4. Asid etanoik hanya mengion separa dalam air, menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah. Oleh itu ia dikelaskan sebagai asid lemah.
  5. Dalam larutan akueus asid lemah, kebanyakan daripada asid lemah itu masih kekal dalam bentuk molekul-molekul kovalen dan sedikit sahaja bilangan molekul asid bercerai membentuk ion-ion.
  6. Contoh-contoh asid kuat
    1. asid sulfurik
    2. asid hidroklorik
    3. asid nitrik
  7. Contoh-contoh asid lemah
    1. asid etanoik
    2. asid sulfurus
    3. asid fosforik
    4. asid karbonik

Kekuatan Alkali

  1. Alkali kuat ialah alkali yang mengion sepenuhnya dalam air menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH yang tinggi.
  2. Alkali lemah ialah alkali yang mengion separa dalam air menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH yang rendah.
  3. Contoh-contoh alkali kuat
    1. natrium hidroksida
    2. kalium hidroksida
    3. barium hidroksida
    4. kalsium hidroksida
  4. Contoh-conroh alkali lemah
    1. Ammonia
    2. natrium hidrogen karbonat

Leave a Comment