Pembentukan Ikatan Ganda Tiga

Pembentukan Ikatan Ganda Tiga

  1. Ikatan kovalen ganda tiga ialah jenis ikatan kovalen yang terbentuk melalui perkongsian tiga pasang elektron antara dua atom bukan logam.
  2. Contoh ikatan ganda tiga ialah ikatan yang terbentuk dalam molekul nitrogen, N2.

Pembentukan Molekul Nitrogen

  1. Setiap atom nitrogen yang mempunyai susunan elektron 2.5. Ia memerlukan tiga lagi elektron untuk memperoleh susunan oktet (2.8) yang stabil.
  2. Oleh itu, untuk mencapai susunan elektron yang stabil, dua atom nitrogen masing-masing menyumbangkan 3 elektron valens untuk berkongsi.
  3. Satu ikatan kovalen ganda tiga terbentuk dalam satu molekul nitrogen.
  4. Molekul nitrogen adalah stabil kerana setiap atom telah memperoleh susunan elektron yang stabil seperti gas adi.
  5. Pembentukan ikatan kovalen ganda tiga dalam molekul nitrogen boleh digambarkan dengan struktur Lewis seperti berikut.

Leave a Comment