Atom-atom unsur bukan kumpulan 18 boleh berpadu melalui dua jenis ikatan kimia, iaitu
 	- ikatan ionik ( ikatan elektrovalen ), –logam dengan bukan logam.
 
 	- ikatan kovalen — bukan logam dengan bukan logam.
 
Ikatan Ion (Elektrovalen)
  | 
| (Ikatan Ion) | 
 	- Dengan melepaskan elektron atau menerima elektron, atom-atom akan membentuk ion-ion.
 
 	- Ion-ion yang bertentangan cas akan menarik antara satu sama lain dan membentuk ikatan ion atau ikatan elektrovalen).
 
 	- Ikatan ion terbentuk di antara logan dengan bukan logam.
 
 	- Contohnya, natrium bertindak dengan klorin membentuk ikatan ion di antara ion natrium dan ion klorin.
 
 	- Sebatian yang terbentuk dinamakan sebagai sebatian ion atau sebatian elektrovalen.
 
 
Ikatan Kovalen
  | 
| (Ikatan Kovalen) | 
 	- Dengan berkongsi elektron di antara atom-atom, atom-atom boleh terikat bersama dan jenis ikatan kimia yang terbentuk dinamakan sebagai ikatan kovalen.
 
 	- Ikatan kovalen terbentuk di antara bukan logam dengan bukan logam.
 
 	- Sebatian yang terbentuk dinamakan sebagai sebatian kovalen.