Pembentukan Ion

Pembentukan Ion

  1. Ion ialah zarah-zarah yang membawa cas positif atau cas negatif. Contohnya Ca2+, O2-, SO42- .
  2. Semua unsur kumpulan 1, 2, dan 13 mempunyai 1, 2 dan 3 elektron valens masing masing.
  3. Dalam tindak balas kimia, atom-atom unsur ini cenderung untuk melapaskan semua elektron valens untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.
  4. Selepas melepaskan elektron, bilangan protonnya melebihi bilangan elektron, maka atom itu akan membentuk ion positif.
  5. Atom-atom bukan logam daripada Kumpulan 15. 16, dan 17 Jadual Berkala masing-masing mempunyai 5, 6, dan 7 elektron valens.
  6. Dalam tindak balas kimia, atom-atom bukan logam ini cenderung untuk menerima elektron ke dalam petala terluar untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil. Jadi, ion negatif ( anion ) terbentuk.

Pembentukan Ion Positif

  1. Ion positif biasanya terbentuk daripada atom logam.
  2. Atom-atom logam biasanya mempunyai 1, 2, dan 3 elektron valens.
  3. Dalam tindak balas kimia, atom-atom logam ini cenderung untuk melepaskan semua elektron valens (sama ada satu, dua, atau tiga elektron) untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.
  4. Selepas melepasi elektron, bilangan proton lebih banyak daripada bilangan elektron, iaitu jumlah cas positif melebihi jumlah cas negatif.
  5. Maka ion bercas positif (kation) terbentuk.

Contoh: Pembentukan Ion Bercas +1

(Atom natrium melepaskan satu elektron membentuk ion bercas +1)

Contoh: Pembentukan Ion Bercas +2

(Atom magnesium melepaskan dua elektron membentuk ion bercas +2)

Contoh: Pembentukan Ion Bercas +3

(Atom aluminium melepaskan tiga elektron membentuk ion bercas +3)

Pembentukan Ion Negatif

  1. Atom-atom bukan logam daripada. Kumpulan 15, 16, dan 17 Jadual Berkala masing-masing mempunyai 5, 6, dan 7 elektron valens.
  2. Dalam tindak balas kimia, atom-atom bukan logam ini cenderung untuk menerima elektron ke dalam petala terluar untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.
  3. Akibatnya, bilangan elektron melebihi bilangan potron di dalam zarah dan ion negatif (anion) terbentuk.

Pembentukan Ion Negatif Bercas -1

(Atom fluorin menerima satu elektron membentuk ion fluorida yang bercas -1)

Pembentukan Ion Negatif Bercas -2

(Atom oksigen menerima dua elektron membentuk ion oksida yang bercas -2)

Perbezaan di Antara Ion Fluorida dan Atom Neon

  1. Selepas pembentukan ion, susunan elektron ion itu adalah sama seperti susunan elektron gas adi.
  2. Contohnya, susunan elektron ion fluorida ialah 2.8, iaiitu sama seperti susunan elektron neon, 2.8.
  3. Kedua-dua ion fluorida dan atom neon mempunyai susunan elektron yang sama.
  4. Ion fluorida membawa cas manakala atom neon adalah neutral. Oleh itu, mereka adalah berbeza secara kimia.
(Susunan elektron ion fluorida adalah sama dengan susunan elektrom atom neon. Bagaimanapun, mereka adalah berbeza secara kimia.)

Leave a Comment