Pengoksidaan dan Penurunan Dari Segi Nombor Pengoksidaan

Pengoksidaan dan Penurunan dari Segi Perubahan Dalam Nombor Pengoksidaan

  1. Pengoksidaan ialah proses di mana nombor pengoksidaan unsur bertambah.
  2. Penurunan ialah proses di mana nombor pengoksidaan unsur berkurang.
  3. Tindak balas redoks ialah satu tindak balas yang melibatkan perubahan nombor pengoksidaan dalam satu atau lebih unsur. Contoh

    Magnesium dioksidakan kerana nombor pengoksidaannya bertambah dari 0 kepada +2.
    Hidrogen diturunkan kerana nombor pengoksidaannya berkurang dari +1 kepada 0.
  4. Satu tindak balas bukan tindak balas redoks jika tiada
    perubahan nombor pengoksidaan dalam semua unsur.
  5. Dua contoh tindak balas yang bukan tindak balas redoks ialah peneutralan dan penguraian ganda dua.
    Misalnya, dalam tindak balas penguraian antara argentum sulfat dan asid hidroklorik untuk menghasilkan argentum klorida dan asid sulfurik.

    Tiada perubahan nombor pengoksidan dalam Ag, H, S, O dan Cl.
  6. Misalnya, dalam peneutralan antara asid hidroklorik dan natrium hidroksida untuk menghasilkan natrium klorida dan air.
    Tiada perubahan nombor pengoksidan dalam Na, O, H dan Cl.

Leave a Comment