Persamaan kimia boleh ditulis dalam dua bentuk, iaitu persamaan perkataan dan persamaan bersimbol. Misalannya:
Persamaan perkataan
Kalium + Air → Natrium dioksida + Gas Hidrogen
Persamaan bersimbol
2K + 2H2O → 2NaOH + H2
Persamaan Kimia yang Seimbang
Hukum keabadian jisim menyatakan bahawa atom-atom tidak boleh dimusnahkan atau dicipta dalam satu tindak balas kimia. Oleh itu bilangan atom setiap unsur sebelum dan selepas tindak balas mestilah sama.
Contoh:
Imbangkan persamaan kimia berikut:
- Mg + O2 → MgO
- CuO + H2 → Cu + H2O
- Na + H2O → NaOH + H2
- Li + Cl2 → LiCl
Jawapan:
a.
2Mg + O2 → 2MgO
c.
2Na + 2H2O → 2NaOH + H2
d.
2Li + Cl2 → 2LiCl
Menulis Persamaan Kimia yang seimbang
Contoh:
Larutan akueus plumbum(II) nitrat bertindak dengan larutan akueus kalium iodida untuk membentuk mmendakan plumbun(II) iodida dan larutan akueus kalium nitrat. Tulis satu persamaan yang seimbang bagi tindak balas ini.
Jawapan: