Perubahan Tenaga Dalam Tindak Balas Kimia

  1. Tindak balas kimia boleh dikategorikan kepada
    1. tindak balas eksotermik
    2. tindak balas endotermik

Tindak Balas Eksotermik

  1. Tindak balas eksotermik adalah tindak balas di mana
    1. tenaga haba dihebaskan ke persekitaran
    2. suhu persekitaran akan naik
    3. hasil tindak balas mempunyai kandungan tenaga yang lehih rendah daripada bahan tindak balas
  2. Contoh-contoh tindak balas eksotermik:
    1. Tindak balas peneutralan
      Contoh: Peneutralan di antara asid nitrik dengan natrium hidroksida
      HNO3(ak) + NaOH(ak) → NaNO3(ak) + H20(ce)
    2. Tinda balas asid dengan karbonat
      Contoh: Tindak balas asid hidroklorik dengan natrium karbonat
      2HCl + Na2CO3 → 2NaCl + CO2 + H2O
    3. Tindak balas asid dengan logam
      Contoh: Tindak balas asid hidroklorik dengan zink
      2HCl + Zn → ZnCl2 + H2
    4. Tindak balas logam beralkali dengan air
      Contoh: Tindak balas natrium dengan air
      2Na + 2H2O → 2NaOH + H2
    5. Tindak balas antara kalsium oksida dengan air
      CaO + H2O → Ca(OH)2
    6. Tindak balas antara kuprum(II) sulfat kontang dengan air
      CuSO4 + xH2O → CuSO4xH2O
    7. Pembakaran
      Contoh: Pembakaran etana dalam udara
      C2F6(g) + 7/202(g) → 2CO2(g) + 3H20(ce)
    8. Penguraian ganda dua
      Contoh: Pemendakan garam argentum klorida
      AgNO3(ak) + NaCl(ak) → AgCl(p) + NaNO3(ak)
    9. Melarutkan KOH atau NaOH di dalam air
      NaOH + air→ Na+ + OH
      KOH + air→ K+ + OH
    10. Penyesaran logam
      Contoh: Penyesaran logam kuprum daripada larutan akueus kuprum(II) sulfat oleh logam aluminium
      2Al(p) + 3CuSO4(ak) → 3Cu(p) + Al2(SO4)3(ak)
    11. Pengaratan
    12. Pencairan asid pekat
      Contoh: Pencairan asid sulfurik pekat, asid nitrik pekat ….
    13. Perubahan keadaan jirim
      Contoh: Proses pembekuan dan proses kondensasi. 

Tindak Balas Endotermik

  1. Tindak balas endotermik adalah tindak balas di mana
    1. tenaga haba diserap dari persekitaran
    2. suhu persekitaran akan menurun
    3. hasil tindak balas mempunyai kandungan tenaga yang lebih tinggi daripada bahan tindak balas
  2. Contoh-contoh tindak balas endotermik:
    1. Penguraian garam karbonat oleh haba
      Contoh: Penguraian batu kapur/marmar oleh haba
      CaCO3 → CaO + CO2
    2. Penguraian garam nitrat oleh haba
      Contoh: Penguraian plumbum(II) nitrat oleh haba
      2Pb(NO3)2 → 2PbO + 4NO2 + O2
    3. Melarutkan sesetengah garam dalam air
      Contoh: Melarutkan garam kalium nitrat, ammonium nitrat and ammonium klorida dalam air
      KNO3 + air → K+ + NO3
      NH4NO3 + air  → NH4+ + NO3
      NH4Cl + air → NH4+ + Cl
    4. Pemanasan garam kuprum(II) sulfat terhidrat
      CuSO4xH2O → CuSO4 + xH2O
    5. Tindak balas di antara natrium bikarbonat dengan asid etanoik
      NaHCO3(p) + CH3COOH(ak) → CH3COONa(ak) + CO2(g) + H20(ce)

Leave a Comment