Tindak Balas Redoks Melibatkan Penyesaran Logam Daripada Larutan Garam

  1. Siri elektrokimia ialah satu siri susunan logam mengikut susunan kecenderungan logam untuk kehilangan elektron membentuk ion positif.
  2. Unsur-unsur yang diletak lebih tinggi dalam siri elektrokimia
    1. lebih elektropositif
    2. bertindak sebagai agen penurunan yang kuat
    3. boleh dioksidakan dengan mudah
  3. Ion logam ialah agen pengoksidaan yang lemah kerana mereka tidak mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan elektron.
  1. Dalam tindak balas penyesaran logam, logam yang diletakkan di bahagian atas siri elektrokimia (lebih elektropositif) boleh menggantikan logam lain yang terletak di bawahnya (kurang elektropositif) daripada larutan garamnya.
  2. Oleh itu,
    1. terdapat pemindahan elektron daripada logam yang lebih elektropositif kepada ion logam yang kurang elektropositif.
    2. logam yang lebih elektropositif bertindak sebagai agen penurunan. Logam yang mengalami pengoksidaan dioksidakan menjadi ion logam.
    3. ion logam yang kurang elektropositif bertindak sebagai agen pengoksidaan. Ion-ion logam ini mengalami penurunan dan diturunkan menjadi atom logam.

Contoh
Tindak balas di antara larutan magnesium dan kuprum(II) sulfat

Mg + CuSO4 → MgSO4 + Cu

Pemerhatian:

Warna biru larutan kuprum(II) sulfat berubah menjadi tidak berwarna.

Persamaan setengah:

Mg → Mg2+ + 2e
Cu2+ + 2e → Cu

Persamaan ion:

Mg + Cu2+  Mg2+ + Cu

Nota:

  1. Magnesium lebih elektropositif daripada kuprum.
  2. Dalam tindak balas, magnesium menyesarkan ion kuprum(II) dari larutannya.
  3. Magnesium dioksidakan dengan melepaskan 2 elektron.
  4. Ion kuprum(II) diturunkan dengan menerima 2 elektron daripada magnesium.

Agen pengoksidaan: Ion kuprum(II)
Agen penurunan: Magnesium

Leave a Comment