Uji Kendiri 4.3 (Buku Teks) – Kimia Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4 (Jadual Berkala Unsur)


Soalan 1:
Nyatakan susunan elektron untuk helium, He.

Jawapan:
2


Soalan 2:
Apakah jenis susunan elektron untuk atom argon, Ar?

Jawapan:
Oktet


Soalan 3:
Jelaskan mengapa neon, Ne tidak bertindak balas dengan unsur lain.

Jawapan:
Atom neon mempunyai susunan elektron oktet yang stabil


Soalan 4:
Bandingkan takat didih helium dan argon. Terangkan.

Jawapan:
Saiz atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan kerana bilangan petala berisi elektron bertambah. Takat lebur dan takat didih argon adalah lebih tinggi daripada helium. Saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan kerana bilangan petala berisi elektron bertambah / saiz atom argon lebih besar berbanding dengan atom helium. Daya tarikan antara atom argon lebih kuat berbanding atom helium. Lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mengurangkan daya tarikan antara atom argon.