- Semua molekul mengandungi lebih daripada satu atom
- Contohnya, setiap karbon dioksida mengandungi 3 atom, iaitu satu atom karbon dan dua atom oksigen.
- Oleh itu, satu mol karbon dioksida mengadungi 3 mol atom, iaitu satu mol atom karbon dan dua mol oksigen.
- Dengan cara yang sama, kita mengetahui bahawa, dalam dua mol karbon dioksida terdapat 6 mol atom, dalam 3 mol karbon dioksida terdapat 9 mol atom dan seterusnya.
Contoh 1:
- Berapa bilangan molkah molekul hidrogen boleh dibentuk oleh 20 mol atom hidrogen?
- Berapa bilangan molkah atom hidrogen yang terdapat di dalam 20 mol molekul hidrogen?
Jawapan:
a.
Setiap molekul hidrogen (H2) mengandungi 2 atom hidrogen.
Maka, 20 mol atom hidrogen boleh membentuk 10 mole molekul hidrogen.
b. Bilangan mol atom hidrogen yang terkandung di dalam 20 mol molekul hidrogen
= 2 x 20 mol = 40 mol.
Contoh 2:
- Cari bilangan mol karbon atom yang terdapat di dalam 0.75 mol karbon dioksida.
- Cari bilangan mol oksigen atom yang terdapat di dalam 0.75 mol karbon dioksida.
Jawapan:
a.
Setiap molekul karbon dioksida (CO2) mengandungi 1 atom karbon dan 2 atom oksigen.
Maka, 0.75 mol karbon dioksida mengandungi 0.75 mol atom karbon.
b.
Bilangan mol atom oksigen yang terkandung di dalam 0.75 mol karbon dioksida
= 2 x 0.75 mol = 1.50 mol