Bilangan Mol Atom dan Bilangan Mol Molekul

Bilagan Mol atom dan Bilangan Mol Molekul

  1. Semua molekul mengandungi lebih daripada satu atom
  2. Contohnya, setiap karbon dioksida mengandungi 3 atom, iaitu satu atom karbon dan dua atom oksigen.
  3. Oleh itu, satu mol karbon dioksida mengadungi 3 mol atom, iaitu satu mol atom karbon dan dua mol oksigen.
  4. Dengan cara yang sama, kita mengetahui bahawa, dalam dua mol karbon dioksida terdapat 6 mol atom, dalam 3 mol karbon dioksida terdapat 9 mol atom dan seterusnya.

Contoh 1:

  1. Berapa bilangan molkah molekul hidrogen boleh dibentuk oleh 20 mol atom hidrogen?
  2. Berapa bilangan molkah atom hidrogen yang terdapat di dalam 20 mol molekul hidrogen?

    Jawapan:
    a. 
    Setiap molekul hidrogen (H2) mengandungi 2 atom hidrogen.
    Maka, 20 mol atom hidrogen boleh membentuk 10 mole molekul hidrogen.

    b. Bilangan mol atom hidrogen yang terkandung di dalam 20 mol molekul hidrogen

    = 2 x 20 mol = 40 mol.

    Contoh 2:

    1. Cari bilangan mol karbon atom yang terdapat di dalam 0.75 mol karbon dioksida.
    2. Cari bilangan mol oksigen atom yang terdapat di dalam 0.75 mol karbon dioksida.

    Jawapan:
    a. 
    Setiap molekul karbon dioksida (CO2mengandungi 1 atom karbon dan 2 atom oksigen.


    Maka, 0.75 mol karbon dioksida mengandungi 0.75 mol atom karbon.

    b.

    Bilangan mol atom oksigen yang terkandung di dalam 0.75 mol karbon dioksida
    = 2 x 0.75 mol = 1.50 mol

    Leave a Comment