Gentian Sintetik dan Getah Tiruan

Getah Sintetik

  1. Getah sintetik ialah elastomer atau polimer yang boleh berubah semula ke bentuk semula jadi asalnya selepas ditarik atau ditekan. [Getah asli juga ialah elastomer.]
  2. Contoh getah sintetik adalah neoprena dan stirena-butadiena (SBR).

Neoprena

Struktur

Monomer: Kloroprena
Jenis pempolimeran: Penambahan
Kegunaan: Untuk membuat sarung tangan getah dan untuk membuat pembalut kabel elektrik.

Stirena-butadiena or SBR

Struktur

Monomer: Stirena and butan-1,3-diena
Jenis pempolimeran: Penambahan
Kegunaan: Untuk membuat tayar, tapak kasut dan tali pinggang mekanikal.

Gentian Tiruan

  1. Nilon dan terilena ialah gentian sintetik yang dibuat melalui proses pempolimeran kondensasi.
  2. Gentian ini menyerupai gentian semulajadi tetapi lebih tahan terhadap tekanan dan bahan kimia, dan lebih tahan lama.

Nilon

Struktur

Monomer: Heksana-1,6-diamina dan asid heksana-1,6-dioik
Jenis pempolimeran: Kondensasi
Kegunaan: Untuk membuat payung, permaidani, sikat, langsir, tali nilon dan tali, sarung kaki, berus gigi dan sebagainya.

Terilena

Struktur

Monomer: Etana-1,2-diol dan asid benzena-1,4-dikarboksilik
Jenis pempolimeran: Kondensasi
Kegunaan: Untuk membuat jaring, pakaian (cepat kering, bukan besi), kaset dan pita video.

Leave a Comment