Halogen Bertindak Dengan Logam
- Halogen ialah unsur bukan logam yang reaktif. Ia bertindak dengan kebanyakan logam membentuk garam.
- Keraktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan dalam jadual berkala.
- Gas klorin dan wap bromin adalah beracun. Gas klorin atau wap bromin yang berlebihan dibiarkan diserap oleh soda kapur supaya tidak terlepas ke sekeliling.
- Wul besi digunakan tetapi bukan ketulan besi untuk meningkatkan kadar tindak balas.
Klorin + Ferum
3Cl2 + 2Fe → 2FeCl3
Pemerhatian:
Wul besi menyala dengan terang dan cergas. Pepejal perang terhasil.
Perbincangan:
- Klorin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) klorida yang berwarna perang.
- Gas klorin yang digunakan dalam tindak balas ini di hasilkan oleh tindak balas di antara kalium manganat(VII) dengan asid hidroklorik pekat.
2KMnO4 + 16HCl → 2KCl + 2MnCl2 + 5Cl2 + 8H2O
Bromin + Ferum

3Br2 + 2Fe → 2FeBr3
Pemerhatian:
Wul besi membara dengan terang dan kurang cergas. Pepejal perang terhasil.
Perbincangan:
Bromin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) bromida.
Iodin + Ferum

3I2 + 2Fe → 2FeI3
Pemerhatian:
Wul besi membara dengan perlahan-lahan. Pepejal perang terhasil.
Perbincangan:
Iodin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) bromida.
Nota: