Halogen Bertindak Dengan Logam

Halogen Bertindak Dengan Logam

  1. Halogen ialah unsur bukan logam yang reaktif. Ia bertindak dengan kebanyakan logam membentuk garam.
  2. Keraktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan dalam jadual berkala.
  3. Gas klorin dan wap bromin adalah beracun. Gas klorin atau wap bromin yang berlebihan dibiarkan diserap oleh soda kapur supaya tidak terlepas ke sekeliling.
  4. Wul besi digunakan tetapi bukan ketulan besi untuk meningkatkan kadar tindak balas.

 Klorin + Ferum

3Cl2 + 2Fe → 2FeCl3

Pemerhatian:

Wul besi menyala dengan terang dan cergas. Pepejal perang terhasil.

Perbincangan:

  1. Klorin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) klorida yang berwarna perang.
  2. Gas klorin yang digunakan dalam tindak balas ini di hasilkan oleh tindak balas di antara kalium manganat(VII) dengan asid hidroklorik pekat.
2KMnO4 + 16HCl → 2KCl + 2MnCl2 + 5Cl2 + 8H2O

Bromin + Ferum

3Br2 + 2Fe → 2FeBr3

Pemerhatian:

Wul besi membara dengan terang dan kurang cergas. Pepejal perang terhasil.

Perbincangan:

Bromin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) bromida.

Iodin + Ferum

3I2 + 2Fe → 2FeI3

Pemerhatian:

Wul besi membara dengan perlahan-lahan. Pepejal perang terhasil.

Perbincangan:

Iodin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) bromida.

Nota:

  1. Halogen ialah unsur bukan logam yang reaktif. Ia bertindak dengan kebanyakan logam membentuk garam.
  2. Keraktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan dalam jadual berkala.
  3. Gas klorin dan wap bromin adalah beracun. Gas klorin atau wap bromin yang berlebihan dibiarkan diserap oleh soda kapur supaya tidak terlepas ke sekeliling.
  4. Wul besi digunakan tetapi bukan ketulan besi untuk meningkatkan kadar tindak balas.

    Leave a Comment