Jadual Berkala Moden
- Dalam Jadual Berkala Moden, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton menaik secara mengufuk.
- Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan.
- Setiap tulus mengufuk dalam Jadual Berkala dipanggil kala.
- Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama disusun dalam kumpulan yang sama.
Kumpulan
- Turus tegak dalam Jadual Berkala dikenali sebagai kumpulan.
- Terdapat 18 kumpulan di dalam Jadual Berkala.
- Semua unsur di dalam kumpulan yang sama memounyai bilangan elektron valens yang sama.
- Oleh itu, unsur-unsur di dalam kumpulan yang sama menunjukkan sifat kimia yang sama.
- Kumpulan-kumpulan dalam Jadual Berkala dinamakan mengikut kedudukanya. Contohnya, kumpulan pertama dinamakan sebagai kumpulan 1 , kumpulan ke-2 dinamakan sebagai kumpulan 2 dan sebagainya.
- Antara kumpulan 2 dan 13, terletak satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur peralihan.
- Sesetengah kumpulan mempunyai nama lazim seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Kumpulan | Nama Lazim |
Kumpulan 1 | Logam alkali |
Kumpulan 2 | Logan alkali bumi |
Kumpulan 17 | Halogen |
Kumpulan 18 | Gas nadir |
Kala
- Jadual berkala moden mempunyai 7 kala.
- Kala 1 mempunyai 2 unsur. Kala 2 hingga ke kala 3 pula mempunyai 8 unsur. Tiga kala pertama ini dikenal sebagai kala pendek.
- Kala 4 dan 5 masing-masing mempunyai 18 unsur. Kala 6 dan 7 mengandungi 32 unsur. Kesemua kala ini dikenal sebagai kala panjang.
- Dalam kala-6 terdapat 32 unsur yang tidak dapat dimuatkan dalam satu turus mengufuk yang sama. Unsur dengan nombor atom 56 – 71 disenaraikan secara berasingan di bahagian bawah Jadual Berkala. Siri unsur ini dinamakan sebagai siri lantinida.
- Dalam kala-7 terdapat 23 unsur yang tidak dapat dimuatkan dalam satu turus mengufuk yang sama. Unsur dengan nombor atom 90 – 103 disenaraikan secara berasingan di bahagian bawah Jadual Berkala. Siri unsur ini dinamakan sebagai siri aktinida.