Jadual Berkala Moden

Jadual Berkala Moden

  1. Dalam Jadual Berkala Moden, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton menaik secara mengufuk.
  2. Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan.
  3. Setiap tulus mengufuk dalam Jadual Berkala dipanggil kala.
  4. Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama disusun dalam kumpulan yang sama.

    Kumpulan

    1. Turus tegak dalam Jadual Berkala dikenali sebagai kumpulan.
    2. Terdapat 18 kumpulan di dalam Jadual Berkala.
    3. Semua unsur di dalam kumpulan yang sama memounyai bilangan elektron valens yang sama.
    4. Oleh itu, unsur-unsur di dalam kumpulan yang sama menunjukkan sifat kimia yang sama.
    5. Kumpulan-kumpulan dalam Jadual Berkala dinamakan mengikut kedudukanya. Contohnya, kumpulan pertama dinamakan sebagai kumpulan 1 , kumpulan ke-2 dinamakan sebagai kumpulan 2 dan sebagainya.
    6. Antara kumpulan 2 dan 13, terletak satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur peralihan.
    7. Sesetengah kumpulan mempunyai nama lazim seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah.
    KumpulanNama Lazim
    Kumpulan 1Logam alkali
    Kumpulan 2Logan alkali bumi
    Kumpulan 17Halogen
    Kumpulan 18Gas nadir

    Kala

    1. Jadual berkala moden mempunyai 7 kala.
    2. Kala 1 mempunyai 2 unsur. Kala 2 hingga ke kala 3 pula mempunyai 8 unsur. Tiga kala pertama ini dikenal sebagai kala pendek.
    3. Kala 4 dan 5 masing-masing mempunyai 18 unsur. Kala 6 dan 7 mengandungi 32 unsur. Kesemua kala ini dikenal sebagai kala panjang.
    4. Dalam kala-6 terdapat 32 unsur yang tidak dapat dimuatkan dalam satu turus mengufuk yang sama. Unsur dengan nombor atom 56 – 71 disenaraikan secara berasingan di bahagian bawah Jadual Berkala. Siri unsur ini dinamakan sebagai siri lantinida.
    5. Dalam kala-7 terdapat 23 unsur yang tidak dapat dimuatkan dalam satu turus mengufuk yang sama. Unsur dengan nombor atom 90 – 103 disenaraikan secara berasingan di bahagian bawah Jadual Berkala. Siri unsur ini dinamakan sebagai siri aktinida.

    Leave a Comment